Bendera Georgia
Sighnaghi city of love
Walaupun Georgia adalah sebuah negara Asia tetapi ia banyak mewarisi ciri-ciri eropah seperti, cuacanya, jenis-jenis flora dan faunanya dan cara hidup penduduknya. Banyakciri-ciri mat salleh pada penampilan orangnya, seperti warna kulit, warna mata, rambut dan sebagainya. Senang cerita orang asia yang bersaiz kecil tetapi berupa mat salleh. Kalau dalam istilah standard.... mereka ini digelar sebagaikaukasus..
Gergia mempunyai bangsa, bahasa dan tulisannya tersendiri. Walaupun unsur-unsur Rusia banyak terdapat disini mungkin kerana mereka adalah negara bekas soviet (USSR), namun mereka bangga dengan jatidiri mereka sendiri..... Kami adalah Georgia, bukan Rusia, Azerbijan, Turki atau sebagainya..
Matawang yang digunakan adalah Georgian Lari, mudah sebut sebagai Lari sahaja bila berurusan jual beli. Tukaran asing duitnya nampak sedikit besar berbanding ringgit, tetapi kos sara hidup mungkin agak rendah berbanding Malaysia. Menurut penduduk setempat, sumber pendapatan utama negaranya adalah pelancungan.., pertanian.., produk barang-barang berasaskan pertanian seperti wine dan sebagainya. Industri pelancungan di sini boleh dikatakan baru nak berkembang. Jadi melancung ke Georgia ni boleh dikatakan masih murah setakat ini. Nanti bila dah establishhh.. semua jadi mahal la kot.. sebab tu lah kami melancung kesini sekarang.
Agak sukar untuk melihat produk francais luar negara seperti, Mc Donald, Pizza hut, KFC dan sebagainya. Walaubagaimanapun mereka ada banyak kedai fast food... tetapi mereka menjual barangan mereka sendiri seperti sandwich, sosej dan sebagainya.. sebab Itulah kembara safir mengatakan jatidiri mereka tinggi. Tempat yg dilawati oleh kembara safir kali ini hanyalah Tbilisi, Kasbegi dan Kutaisi. Mungkin 3 tempat ini tidak mewakili keseluruhan Georgia tetapi semua pandangan yang diketengahkan dalam post kali ini hanyalah pandangan kembara safir semata-mata.
Georgia adalah sebuah negara di mana kristian boleh dikatakan sebagai agama rasminya. Terdapat banyak gereja di sini. Mereka tidak memanggilnya church tetapi chat. Chat Mungkin singkatan kepada chatedral, perbezaan ini mungkin disebabkan oleh beza fahaman atau organisasi yang mentadbir gerejanya. Kembara safir kurang arif tentang itu. Jika anda tahu sila kongsikan komen anda. Menurut kata pemandu pelancung kami..., semua chat di georgia samada besar ataupun kecil, baru atau lama semuanya berfungsi. Dengan kata lain ada yang bertugas menjaganya dan menjalankan ritual-ritual tertentu. Memang benar setiap tempat yang kami kunjungi ada yang menjaganya. Orang yang kelihatan mengenakan pakaian seperti rahib iaitu ala-ala jubah, macam dalam cerita robin hood... Timbul beberapa persoalan di benak "Kembara safir" dalam bab ini... insyaAllah kita akan kupas dalam post akan datang.
Terdapat banyak tempat menarik yang boleh di lawati di sini seperti,
1. BandarTbilisi itu sendiri...
2. Bridge of peace... (parking 41°41'34.3"N 44°48'26.2"E)
3. Rikhe park.... (41°41'35.6"N 44°48'36.5"E)
4. Mount Mtatsminda yang bermakna Holly mountain. Ada theme park diatas....(41°41'37.3"N 44°47'09.6"E)
5. Cable car... (41°41'31.5"N 44°48'38.3"E)
6. Botanical garden park.
7. Bodbe monastery atau Biara bodbe (41°36'26.1"N 45°55'48.8"E). Dibina seawal kurun ke 4. Sedih, sedih, sedih... kisah cinta yang sedih berada dimana-mana.
8. Sighnaghi – the city of love (41°37'02.4"N 45°55'14.2"E). Cantik kampung ni.. santai jaa.
Dan lain-lain lagi...
Di Kasbegi juga ada banyak tempat menarik. Perjalanan sejauh 150km melalui military road untuk ke Kasbegi sahaja sudah mencabar. Diantara tempat menarik disana seperti
1. Ananuri fortress (42°09'48.9"N 44°42'07.5"E)
2. Gudauri- iaitu kawasan peranginan yang terkenal dengan ski resortnya, bermain ski disini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan ski resort di eropah. Disamping itu jika cuaca baik, kita bole berparagliding bagi yang gemar aktiviti yang agak mencabar. Walaupun pada musim panas, cuacanya masih sejuk.. oleh itu elok siap sedia dengan sweater atau sebagainya.
3. Jangan lupa untuk ke Gudauri view point (42°29'37.8"N 44°27'09.2"E).Bila tengok gunung ganang yang tinggi dan besar tetiba teringat pula kisah Yajuj majuj dalam surah Al Kahfi.
4. Gereja Gergeti Trinity (42°39'48.4"N 44°37'12.1"E)... merupakan salah satu gereja yang berada di tempat tinggi di kawasan alpine iaitu lebih kurang 2400m dari aras laut. Kenderaan khas diperlukan untuk kesini kerana perlu mendaki bukit yang curam dan agak berselut. Jangan risau.. terdapat banyak perkhidmatan kenderaan sewa dari pekan Stepantsminda kesini.
Dalam perjalanan ke Kutaisi kita ada..
1. Jvari Monastery yang terletak di kawasan Mtskheta. Gereja lama dari abad ke 6 iaitu diantara 501 ke 600 tahun selepas masihi. (41°50'17.0"N 44°44'04.4"E). Disini kita boleh melihat pertembungan dua sungai dari sebelah eropah dan asia.
2. Dalam perjalanan ke pekan Gori, kita boleh singgah di Uplistsikhe (41°57'58.4"N 44°12'37.5"E)... juga dikenali sebagai cave town fortress iaitu kota kuno yang dibina didalam gua. Ada mirip-mirip Cappadocia di Turki tetapi agak ketinggalan jika dibandingkan dengan Petra di Jordan. Kena bayar sikit nak masuk ke tempat ni...
.
Di Kutaisi tarikan lebih kepada kecantikan alam semulajadinya seperti.
1. Martvili canyon
(42°27'31.8"N 42°22'40.6"E)- Jajaran bukit sepanjang 1 kilometer. Ada sungai dikaki bukitnya dan kita boleh ber rafting jrk pendek, kena bayar laa...Jangan takut ianya tidak berbahaya dan sesuai juga untuk kanak-kanak.
2. Prometheus cave
(42°22'35.0"N 42°36'01.9"E) gua batu kapur ala-ala gua kelam diperlis dan gua tempurung di perak. Depa buat cantiklah sebab tu kot kena bayarnak masuk sini. Ada pemandu pelancung yang bertugas mengikut berbagai pahasa pilihan kita.Banyak perkampungan kecil di Kutaisi ni, jangan lupa untuk perhatikan keadaan kehidupan di perkampungannya... menarik. Jarak perjalanan dari Tbilisi ke Kutaisi lebih kurang 250km sahaja, tetapi mengampil masa selama
4 ke 5 jam. Jalan bukit bukau.. persis seperti lebuh raya timur barat di Malaysia.
Ok.. akhir sekali Info yang penting iaitu bab makanan.. Untuk pengetahuan semua.. mencari makanan halal adalah sukar, kecuali di Tbilisi. Mungkin kerana Tbilisi menerima kunjungan ramai pelancung muslim maka banyak kedai makan halal disini. "Kembara safir" menasihatkan agar membawa bekalan makanan secukupnya dan menyediakan makanan sebagai bekal dalam perjalanan. Sepanjang lawatan kami di Georgia kami skip makan tengahari dan makan berat untuk makan malam.
Diam-diam 6 hari dah habis.. Oklah setakat ini sahaja untuk kali ini sehingga jumpa lagi..
Video bole dilihat di channel youtube dari lensa kacamataku https://youtu.be/5nXBEglsBzs