Isnin, 11 September 2017

Mencari dan carilah persamaan



Hari raya haji kali ni teman tak kemana-mana, seperti kebiasaan rakyat Malaysia yang lain kami beraya di Madinah. Pada waktu ini Kota Madinah agak lengang berbanding hari biasa, memandangkan tiada visa umrah dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi kerana memberi laluan untuk  haji. Pada waktu ni Raudah pun kosong, kalau tak kosong pun berkuranglah berbanding hari biasa, bolehlah masuk dengan agak aman dan lama sikit.

Senario ini berlaku beberapa hari sebelum hari raya dan beberapa hari selepas raya. Pada hari raya iaitu pada 10 zulhijah lain pula ceritanya, biasanya penduduk tempatan akan mula membanjiri kota madinah. Depa pun mengambil kesempatan yang ada juga agaknya. Selepas solat waktu ramai orang akan berehat di dataran masjid terutamanya disebelah malam, banyak kelompok kecil disana sini, macam berkelah pulak.... Seronok dan indah pemandangannya... bagi teman laa..

Alhamdulillah, teman dapat berjumpa dan berkenal-kenalan dengan rakyat Malaysia yang bekerja di Yanbu dan Riyad.. malah dapat menyertai program lawatan depa lagi. Menarik lawatan ni..."hanya jauhari yang dapat mengenal manikam" itulah ungkapan yang dapat teman katakan.  InshaaAllah teman akan kongsi lain kali. Nak di jadikan cerita, sebelum berkumpul di tempat yang telah ditetapkan sebelum memulakan lawatan, geng dari Yanbu ada yang makan di "restaurant asia". Sedap katanya, sehingga menjadi keazaman kepada teman untuk kesana, maklumlah tekak melayu... nak cari masakan melayu juga.

Keesokkan harinya, teman sekeluarga pergi ke restorant ni. Oooo besar rupanya... Banggunannya dua tingkat. Ada dua pintu masuk (untuk ke ruangan Family dan bujang). Susun aturnya menarik dan ruangannya agak luas dan selesa. Ruangan bilik keluarganya agak banyak juga. Kami pun masuk ke salah satu bilik ruangan untuk keluarga. "Ini manunya... silakan, saya akan datang sebentar lagi kata pelayan yang bertugas".. "Terima kasih" saya membalas..Ehhh ada sesuatu yang pelik, dia cakap melayu la, selalunya kena cakap Ingeris ataupun arab sahaja... tiba-tiba suasana serasakan berubah menjadi lebih ceria, selesa, macam kat Malaysia pula, rasa dekat dengan kampung halaman. Sembang-sembang kecil pun bermula. Dia ni dari Lombok Indonesia, dah bekerja disini lebih kurang 21 tahun dan namanya Yasin. Rasi kerja di sini ya... Iya pak.. dekat dengan haram Mekah dan Madinah, itu yang penting jawabnya..

Terus terang, teman bagitau masakkan disini sedap belaka.. terasa asianya. Pedas...masam... manis...masin cukup rasalahhhh.... Kalau rakan-rakan lain berkesempatan bolehlah cuba. Tapi apa yang menjadi tanda tanya ialah apa yang menyebabkan suasana berubah menjadi ceria tadi, adakah disebabkan oleh masakkannya, susunaturnya perabutnya atau pekerjanya. Setelah teman fikir-fikirkan , semuanya bermula apabila pekerja tadi menegur dalam bahasa melayu. Satu persamaan yang kecil tetapi memberi impak yang "significant". Kita mungkin mempunyai banyak perbezaan dari segi pemikiran, pendapat, kegemaran dan sebagainya tetapi percayalah persamaan walaupun kecil kebiasaanya banyak mengundang keharmonian. Oleh itu carilah persamaan walaupun kecil.

Tip perjalanan:
1. Lokasi kedai (N 24o 25’29.8”, E 39 o 35’39.1”)
 








Isnin, 21 Ogos 2017

Coretan Salallah Oman

Coretan kali ini adalah tentang bumi Salallah, Oman. Mungkin tak ramai yang tahu tetang Salalah hatta penduduk Oman sendiri ada yang belum pernah sampai dan mengetahui akan keistimewaannya. Rata-rata orang tahu bandar Muskat maklum sajalah ibu negara kan, tetapi tidak Salallah.

Wadi Darbat.. masih hijau walaupun dah bulan november (hujung Harif)

Wadi Darbat

Wadi Darbat - untuk terlebih minum 


Sink Hole.. Dalam gambar macam tak dalam.. tapi kalau tengok secara terus gayatt.

Jabal Samharam antara puncak tertinggi

menikmati juadah di atas awan setelah penat berjalan.


 Dikacamata teman, Salallah adalah satu tempat yang menarik dan unik. Cuba tutup mata sebentar dan bayangkan bentuk muka bumi iklim tropika, sudah pasti terbayang diminda kita sebuah kawasan yang hijau, ditumbuhi pohon-pohon yang rimbun, kurus tinggi rendah, berbuah, tidak berbuah dan bermacam-macam lagi. Rumput hijau menutupi permukaan tanahnya dan air memenuhi sungai, parit dan longkang. Pokok pisang, mangga, betik, kelapa pula adalah sebahagian daripada pokok yang ditanam. Tetapi apabila kita membayangkan bentuk muka bumi timur tengah pula sudah pasti sebaliknya yang akan kelihatan di minda, tanah-tanihnya gersang, kering dan tandus. Padang pasir disana-sini. Bukitnya besar berbatu, bercorak-corak seperti lukisan dikanvas dan unta sebagai haiwan yang mendiaminya. Sekarang bayangkan kedua-dua bentuk mukabumi ini disatukan maka akan terbayanglah bukit-bukit besar yang tadinya kosong diliputi tumbuhan hijau, unta yang biasanya mendiami padang pasir sekarang berenang-renang di sungai, berjalan-jalan dibawah pokok kelapa ditepi pantai dan air terjun kelihatan selepas hujan. Itulah yang terjadi di Salallah, sebab itulah teman katakan Salallah ni sebuah tempat yang unik awal-awal tadi. "Saya tak tahu ada tempat seperti ini di Oman" itulah antara kata-kata penduduk Oman sendiri yang baru pertama kali sampai.
Tebing Takka, menikmati pemandangan matahari jatuh.

Tinggi tebing ni... berani dia duduk di hujung tu.

Pekan di tebing takka


Pemandagan di jalan sultan Al Qaboos, kalau terus lagi boleh sampai ke sempadan Yamaan.

Marneef walkway - cantik tempat ni

Marneef walkway - ada blow hole di sini.. ala-ala hembusan ikan paus.Kena datang waktu harif baru bole nampak.

Marneef walkway
Pemandagan matahari jatuh di belakang  hotel Samharan tourist vilage.
Dikatakan maqam Nabi Imran.. panjang betul.
terletak di tengah-tengah pekan Salallah

Apa yang teman cerita diatas tadi tidak berlaku sepanjang tahun, ia hanya terjadi di musim harif sahaja iaitu bermula pada bulan Jun hingga bulan September. Diantara destinasi pelancungan yang menarik ialah maqam nabi Ayoob, jejak unta nabi Salleh, maqam nabi Imran, frekinces muzium, wadi darbat, jabal samharam, sink hole, kawasan kontroversi graviti, matahari terbenam di tebing Taka, Masjid dabus,

Tip perjalanan
1. Visa on arival bagi warga Malaysia 
2. Bahagikan kawasan perjalanan kepada 3 kawasan iaitu timur, tengah dan barat. 
3. Setiap kawasan mengambil masa 1 hari.
4. Tempat lawatan di kawasan barat 
5. Tempat lawatan di kawasan tengah - Maqam Nabi Ayoob (
6. Tempat lawatan di kawasan barat
7. Minum air kelpa
8. Kedai makan siam menu seafood, tomyam dan lain-lain.
9. Ambil drop pin airport kerana terdapat 2 airport ( lama dan baru ).