Isnin, 11 September 2017

Mencari dan carilah persamaan



Hari raya haji kali ni teman tak kemana-mana, seperti kebiasaan rakyat Malaysia yang lain kami beraya di Madinah. Pada waktu ini Kota Madinah agak lengang berbanding hari biasa, memandangkan tiada visa umrah dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi kerana memberi laluan untuk  haji. Pada waktu ni Raudah pun kosong, kalau tak kosong pun berkuranglah berbanding hari biasa, bolehlah masuk dengan agak aman dan lama sikit.

Senario ini berlaku beberapa hari sebelum hari raya dan beberapa hari selepas raya. Pada hari raya iaitu pada 10 zulhijah lain pula ceritanya, biasanya penduduk tempatan akan mula membanjiri kota madinah. Depa pun mengambil kesempatan yang ada juga agaknya. Selepas solat waktu ramai orang akan berehat di dataran masjid terutamanya disebelah malam, banyak kelompok kecil disana sini, macam berkelah pulak.... Seronok dan indah pemandangannya... bagi teman laa..

Alhamdulillah, teman dapat berjumpa dan berkenal-kenalan dengan rakyat Malaysia yang bekerja di Yanbu dan Riyad.. malah dapat menyertai program lawatan depa lagi. Menarik lawatan ni..."hanya jauhari yang dapat mengenal manikam" itulah ungkapan yang dapat teman katakan.  InshaaAllah teman akan kongsi lain kali. Nak di jadikan cerita, sebelum berkumpul di tempat yang telah ditetapkan sebelum memulakan lawatan, geng dari Yanbu ada yang makan di "restaurant asia". Sedap katanya, sehingga menjadi keazaman kepada teman untuk kesana, maklumlah tekak melayu... nak cari masakan melayu juga.

Keesokkan harinya, teman sekeluarga pergi ke restorant ni. Oooo besar rupanya... Banggunannya dua tingkat. Ada dua pintu masuk (untuk ke ruangan Family dan bujang). Susun aturnya menarik dan ruangannya agak luas dan selesa. Ruangan bilik keluarganya agak banyak juga. Kami pun masuk ke salah satu bilik ruangan untuk keluarga. "Ini manunya... silakan, saya akan datang sebentar lagi kata pelayan yang bertugas".. "Terima kasih" saya membalas..Ehhh ada sesuatu yang pelik, dia cakap melayu la, selalunya kena cakap Ingeris ataupun arab sahaja... tiba-tiba suasana serasakan berubah menjadi lebih ceria, selesa, macam kat Malaysia pula, rasa dekat dengan kampung halaman. Sembang-sembang kecil pun bermula. Dia ni dari Lombok Indonesia, dah bekerja disini lebih kurang 21 tahun dan namanya Yasin. Rasi kerja di sini ya... Iya pak.. dekat dengan haram Mekah dan Madinah, itu yang penting jawabnya..

Terus terang, teman bagitau masakkan disini sedap belaka.. terasa asianya. Pedas...masam... manis...masin cukup rasalahhhh.... Kalau rakan-rakan lain berkesempatan bolehlah cuba. Tapi apa yang menjadi tanda tanya ialah apa yang menyebabkan suasana berubah menjadi ceria tadi, adakah disebabkan oleh masakkannya, susunaturnya perabutnya atau pekerjanya. Setelah teman fikir-fikirkan , semuanya bermula apabila pekerja tadi menegur dalam bahasa melayu. Satu persamaan yang kecil tetapi memberi impak yang "significant". Kita mungkin mempunyai banyak perbezaan dari segi pemikiran, pendapat, kegemaran dan sebagainya tetapi percayalah persamaan walaupun kecil kebiasaanya banyak mengundang keharmonian. Oleh itu carilah persamaan walaupun kecil.

Tip perjalanan:
1. Lokasi kedai (N 24o 25’29.8”, E 39 o 35’39.1”)
 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan