Selasa, 4 Ogos 2020

Drive dari Riyard ke Abha

Jabal Sawda Abha, Arab Saudi

Kembali lagi di channel Kembara safir. Arab saudi adalah sebuah negara yang besar, biasanya apabila sebut sahaja bentuk muka bumi Arab saudi, gambaran pertama yang menerpa diminda kita adalah sebuah negara yang tandus, gersang dan dilitupi padang pasir. Memang benar sebahagian besar daripada Arab Saudi adalah padang pasir yang gersang tetapi , Arab Saudi juga mempunyai kawasan hijau terutamanya disebelah selatannya yang berhampiran dengan Yaman. Kawsan Ahsa pula subur dan banyak kebun-kebun disana yang juga dipanggil sebagai mazraah oleh penduduk tempatan. Disebelah utara iaitu tabuk pula kadang-kadang bersalji pada musim sejuk... menarikkan..

Bagi sesiapa yang duduk samada bermukim atau mastautin disini rugi jika tidak mengambil peluang untuk menjelajah dan meneroka setiap inci buminya..

Abu Kheyal Park Abha, Arab Saudi

Abha adalah satu destinasi pelancungan yang terkenal disini samada oleh penduduk tempatan ataupun orang luar yang menetap di saudi. Ia terletak diwilayah Asir iaitu wilayah dibahagian selatan Saudi, bersempadan dengan wilayah Mekah di utaranya dan diselatannya bersempadanan dengan wilayah Jazan, Najran dan negara Yaman. Ia merupakan kawasan peranginan tanah tinggi seperti cameron highland di Malaysia. Pada musim panas dikatakan ramai penduduk tempatan samada dari Jazan, Mekah, Jedah dan tempat-tempat lain kesana kerana diberitakan suhunya agak sejuk... waullahua'lam.

Terdapat lapangan terbang untuk pernerbangan domestik kesana. Ini menunjukkan bandarnya boleh dikatakan besar. Selain daripada itu ada rangkaian jalanraya yang meghubungkannya dengan tempat lain.

Perkampungan Rijal Alma. Abha Arab Saudi

Kembara Safir kali ini akan berkongsi pengalaman untuk ke Abha melalui jalan darat, iaitu dari Riyard ke Abha. Info yang diketengahkan boleh diguna pakai kepada sesiapa yang melalui bandar Riyard untuk ke Abha seperti mereka yang dari Dammam, Dahran, Kobar, Jubail dan sebagainya.

Jarak perjalanan dari Riyard ke Abha sangat jauh iaitu lebih kurang 1000 km dan mengambil masa lebih kurang 10 ke 11 jam iaitu lebih kurang masa yang diambil untuk ke Mekah atau Madinah. Olehitu pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan service dahulu jika perlu. Kembara Safir menasihatkan supaya memulakan perjalanan seawal pagi dari Riyard agar boleh tiba disana tidak terlalu lewat malam. Bagi mereka yang dari arah timur Saudi seperti dari Jubail, Damam, Kobar dan lain.. seelok-eloknya bermalam dan berehat di Riyard agar boleh memulakan perjalanan seawal pagi keesokkannya. Terdapat dua laluan dari Riyard kesana iaitu highway 30 dan highway 10. Bagi yang memilih untuk menggunakan highway 30 bolehlah bermalam di pekan Muzahimiyah iaitu pekan kecil selepas Riyard dan yang memilih untuk menggunakan highway 10 bolehlah bermalam di Riyard.

Kembara Safir akan berkongsi pengalaman menggunakan highway 30 kerana inilah jalan yang dilalui oleh team kami dalam XPDC yang lepas iaitu pada januari  2019. Keadaan mungkin berubah kerana itulah hakikat kehidupan yang senantiasa berubah mengikut peredaran zaman. Kembara Safir memilih laluan ini setelah menerima nasihat dari rakan setugas, orang arab tempatan yang berasal daripada Jazan. Dia memilih highway 30 kerana faktor masa. Katanya highway 30 agak besar dan tidak melalui banyak perkampungan yang akan melambatkan perjalanannya. 

Jabal Sawda, Abha Arab Saudi

Kembara Safir memulakan perjalanan seawal pagi dari pekan muzahimiayah, sebelum itu kena sarapan pagi terlebih dahulu. Hotel tempat kami menginap pula tidak menyediakan sarapan. Agak sukar untuk mencari kedai makan yang menyediakan ruangan untuk famili dan sesuai untuk kanak-kanak, oleh itu Kudu  menjadi pilihan kami ( 24.475952,46.286925). Elok juga membeli makanan lebih untuk dijadikan kudapan didalam kereta sepanjang perjalanan... maklumlah jauhkan, takut budak-budak lapar. Memilih hotel yang ada menyediakan sarapan pagi adalah satu pilihan terbaik. 

Pastikan minyak kereta disi penuh sebelum memulakan perjalanan. Pitstop pertama kami adalah RnR Bordan atau burudun (22.5292970, 45.0776878  ), iaitu RnR yang agak besar dan mempunyai kelengkapan seperti petrol pump, kedai makan, masjid dan kedai tayar yang sempurna. Ianya terletak lebih kurang 260km dari pekan Muzahimiyah. Isi penuh minyak kereta sekali lagi kerana, tiada RnR yang elok seumpamanya selepas itu. Ya.. memang ada kelihatan beberapa petrol pump mini sepanjang perjalanan, tetapi kami kurang pasti samada ianya beroperasi ataupun tidak.. nasihat kami jangan ambil risiko. Oleh kerana kami tiba agak awal disini iaitu sebelum zohor. Kami membeli bungkus makanan nasi arab dan meneruskan perjalanan.. Kami berhenti untuk makan dan solatq ditempat yang sesuai ditepi jalan... bentang karpet ala-ala piknik gitu.. fenomena biasa di Saudi ni.. 

Wadi Lajab, Jazan Arab Saudi

Untuk pengetahuan semua, highway 30 ini tak lah besar sangat. Ia adalah jalan satu lane dua arah. Seperti kebiasaan jalan persekutuan di Malaysia... hati-hati ketika hendak memotong, pastikan tiada kenderaan dari arah bertentangan. Had laju pula kalau tak silap tidak lebih dari 100km per jam. Kadang-kadang ada saudagar unta bersama gerombolan untanya menggunakan jalan ni.. kena mengalah...perlahankan kereta dan beri laluan kepada mereka.

Setelah keluar dari bandar muzahimiyah lanskap pertama yang kita tempuhi ialah padang pasir yang beralun lembut, berwarna orange agak sedikit kemerahan. Biasanya di sebelah timur Saudi warna padang pasirnya lebih kepada warna kream. 

Wadi Lajab Jazan Arab Saudi

Kemudian lanskapnya berubah kepada tanah keras dan kering. Disesetengah kawasan, ada ruang atau terowong dibawah jalannya seperti jambatan rendah. Seolah-olah untuk laluan air..emmm tetapi Hairan... keadaan pada waktu itu kering-kontang sahaja jadi apa tujuannya dibina sebegitu rupa.., mungkin ketika musim hujan akan ada banyak air. Kalau di jubail bila musim hujan kadang-kadang boleh berlaku banjif kilat sebab tiada sistem perparitan yang sempurna. Ataupun untuk binatang ternakan seperti kambing dan sebagainya melintas.. wallahualam.. hakikat sebenarnya Kembara Safir kurang pasti. Hati-hati kerana jalan dikawasan ini agak beralun sehinggakan rasa seperti naik kuda sahaja... olehitu perlahankan kelajuan kenderaan anda..

Ketika menghampiri Abha lanskapnya kelihatan sedikit berbukit-bukit. Jangan lupa untuk perhatikan keadaan minyak kereta anda.. pistop kedua kami adalah di petrol station at takwa (19.6295165, 42.7266850). Untuk sampai kesini hati sudah berdebar-debar kerana keadaan minyak memang sudah kritikal. Kembara Safir menasihatkan, agar anda mengisi minyak di mana-mana stesen yang anda temui sebelum ini kerana khuatir jika stesen ini tutup ataupun sudah tidak beroperasi.

Jalan masuk ke Wadi Lajab Jazan Arab Saudi

Alhamdulillah, insyaAllah anda akan masuk ke Abha melalui pekan Khamis. Pekan atau bandar khamis ini sangat besar dan bercantum dengan pekan Abha. Banyak mall besar-besar disini. Jika anda di Abha jangan lepaskan peluang untuk ke pekan Rijal Almaa yang berfungsi seperti caravan saray di laluan sutera dan mirip-mirip Počitelj di Bosnia.
Dan jika ke Jazan boleh pergi ke wadi lajab, wadi lajab agak sjnhi dan terpencil, kalau nak pergi elok berconvoi..

Oklah setakat ini sahaja dahulu, semoga jumpa lagi dan enjoy your trip ke Abha.
Sila kunjungi utube dari lensa kacamataku untuk versi video.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan