Menyanbung nota ziarah Jordan.... hari terakhir untuk sesi lawatan dibumi syam ini (aka Jordan). Penerbangan kami dijadualkan pada pulul 9:30 malam, tidak mensia-siakan waktu yang berbaki ini. Kembara diteruskan. Bergerak dari rumah TYT dlm pukul 6:30am. Keadaan cuaca baik. Langit cerah dan suhu dlm 10℃.
|
Panorama kota Amman |
Destinasi yg dituju awal pagi ini ialah Roman theater. Lokasinya terletak di kota Amman sahaja. Dalam perjalanan ke sana, kami lihat banyak rumah-rumah dibina dilereng bukit, dari jauh seperti kotak-kotak kecil yang disusun dilereng bukit. Mungkin structur tanah tanihnya yang keras dan keadaan cuaca disini sesuai untuk tujuan itu. Saiz dan bentuknya seakan-akan sama. Mungkin sesuatu yang asing di Malaysia tetapi kelihatan menarik. Jelas kelihatan kepadatan penduduknya. Kami tiba agak awal dan pintu masuk ke Roman theater pun belum buka lagi. kami menunjau-ninjau dikawasan sekitar sebelum menuju ke pintu masuk.
Kemudian kami pergi ke Iraqi al Amir. Lokasi terakhir agak jauh dan terpencil tetapi Alhamdulillah sampai juga. Jauh dipedalaman, dikelilingi kampung-kampung. ladang zaitun, sayur-sayur kelihatan disana sini. Gembala kambing mengembala kambingnya nun jauh dilereng bukit sana. sesekali terdengar kokokan ayam jantan. terasa sungguh suasana kampungnya. Kota Iraqi Al Amir ni kelihatan macam baru ditemui. usaha-usaha untuk membaikpulihnya sedang berjalan. Pendek kata di jordan ni sungguh banyak tempat tinggalan sejarah. Bagi peminat dan pengkaji sejarah.. Jordan adalah tempanya. Sayup-sayup kedengaran azan Asar.. menunjukkan sudah sampai masa untuk kembali ke Amman. Kami bergegas-gegas meninggalkan Iraqi Al Amir.
|
Kota Amman dari puncak Citadel |
Sebelum ke lapangan terbang kami kembali ke rumah TYT untuk mengambil beg dan mempersiapkan diri. Terimakasih sekali lagi kepada TYT dan keluarga diatas layanan yang istimewa.. sungguh seronok lawatan kami ke sini. Terima kasih juga kepada ustaz muda yang bakal membimbing dan mencurahkan ilmu yang dikutip disini ke tanah air tercinta Malaysia. Mungkin tugas berat sedang menunggu untuk memurnikan lagi ilmu agama di tanah air. Seronok dapat bersembang dengan mereka semua. Mungkin apabila
sama-sama diperantauan terasa seperti satu keluarga walaupun tempoh
waktunya adalah singkat.
Setelah selesai solat jamak maghrib dan isyak kami terus menuju ke lapangan terbang. Tugas menghantar kami di galas oleh Ustaz Azmeer. Selamat tinggal Jordan, InsyaAllah kami akan datang lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan