|
Pintu gua As habul Kahfi |
|
Kawasan Gua |
Cuaca pagi ini alhamdulillah baik. Suhu dalam 6℃..sejuk tapi nyaman. Perjalanan hari ini dimulakan dengan ziarah Ashabul kahfi (N31°53'55.506" ,E35°58'22.951"). Kisah segolongan pemuda yang menyembunyikan diri didalam gua demi untuk menyelamatkan iman dari pemerintah yang zalim. Mungkin ketika kejadian itu berlaku tempat ini adalah kawasan terpencil, jauh dari penempatan tetapi sekarang ia berada di celah-celah kawasan kediaman.
|
Bunga ros di perkarangan gua |
Guanya terletak di lereng bukit dan banyak bunga ros ditanam diperkarangan kawasan gua. Terdapat binaan masjid lama diatasnya. Sewaktu kami sampai tiada pengunjung lagi. Tukang cuci yang menjaga kebersihan kawasan tu kata, belum buka lagi, pukul 10 pagi baru buka. Ustaz Ihsan yang mengiringi kami pergi berjumpa imam bertugas untuk mendapatkan kebenaran masuk ke dalam gua.
|
Dalam Gua |
|
Tulang belulang |
Alhamdulillah boleh masuk, Imam warga Jordan tu siap explain dalam bahasa Malaysia lagi. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh dia mengira sambil jarinya menunjukkan kedudukan tempat pemuda ashabul kahfi dipercayai tidur. Dan akhir sekali kedudukan anjing yang menjaga pintu gua. Kala ini yang tinggal hanya tulang belulang sahaja dan kerajaan Jordan telah mengumpulkan keseluruhan tulang belulang dalam satu tempat. Terdapat banyak dakwaan tentang tempat ashabul kahfi ni, ada yang mendakwa di Syria, Turkey dan Jordan tetapi menurut kajian, tempat yang sohih adalah di Jordan nie. Ajib..ajib sungguh kisah mereka, Allah mempersediakan jawapan permasalahan umat ketika itu 309 tahun lebih dahulu dan dirakamkam didalam al quran surah al kahfi (18) ayat 9 sehingga 26. Mahasuci Allah yang maha mengetahui apa yang berlaku sebelum, semasa dan akan datang.
|
Sekitar kota Jerash |
|
Colesium |
|
Kerusi Colesium |
|
Dewan Colesium |
|
Titik pembesar suara |
|
Pusat pantulan suara |
|
Tiang tample |
|
Jerash Colesium |
Destinasi ke tiga adalah Ajlon castle. Dibina dizaman sultan Salahuddin Al Ayubi. Beliau seorang general perang yang menentang tentera salib kerana tentera salib menghalang umat islam mengerjakan haji dan umrah dengan memutuskan laluan perjalanan antara Syam dan Mekah. Terserlah kepakarannya sebagai seorang general. Kepakaran senibena kubu dan taktik perang membuktikannya. Angkatan tentera yang ramai sahaja belum cukup untuk memenangi suatu peperangan.
|
Kota Ajlon |
|
Kota Ajlon |
|
Lambang Salahudin Al Ayubi |
Dari luar, kota ini kelihatan kecil sahaja tetapi di dalamnya sungguh luas, bayangkan jika tempat tahanannya sahaja terbahagi kepada 3 iaitu untuk golongan raja atau bangsawan, general dan tentera biasa. Jika tempat tahanan tentera biasa boleh memuatkan sehingga 300 orang, berapakah jumplah keseluruhan yang boleh ditampung oleh kota ini. Tempat pemilihan kota peninjau yang tepat. Dari kubu ini pergerakkan tentera musuh dapat dilihat dari semua arah tetapi tidak sebaliknya. Senibinanya hebat!!!. Sistem pengudaran, pertahanan, penyimpanan makanan, takungan bekalan air, komunikasi dan lain-lain lagi sudah diambil kira oleh perekanya.
Agenda seterusnya ialah ziarah makam Muaz bin Jabal (N32°36'12.778", E35°36'52.443"). Antara sahabat besar yang mahsur dalam sejarah islam. Meninggal kerana sakit taun yang melanda seluruh Syam.
|
Dari Oum Quys |
Oum quys (N32°39'14.471", E35°40'41.725"). Bayaran masuk 5 JD. Anak-anak bawah 15 tahun percuma. Kota rom lama, dibina didalam era yang sama dengan kota Jerash. Hampir musnah dilanda gempa bumi dan dibina semula oleh pemerintahan Otoman. Perbezaan yang nyata di sini adalah dari segi bongkah batu yang digunakan. Jika kota yang lain menggunakan batu yang berwarna cerah keperangan, disini warna batunya adalah kelabu gelap kehitaman... Nampak keras.
|
Bukit Golan |
|
Sempadan |
|
Kota Oum Quys |
Dari puncak Oum Quys ini kelihatan jelas bukit golan yang menjadi rebutan dan tasik taberi yang diperhatikan parasnya. Tapak medan perang akhir zaman antara yahudi dan islam, kalau dulu hanya mendengar sahaja kini terpapar didepan mata.. pokok gorkot di tanam dengan banyak disebelah israel tanda keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad s.a.w tetapi masih tidak mengimani islam kerana degil.
Kemana-mana kuda juga yang dicari.
Perjalanan diteruskan ke kota Irbid, kota ke-2 terbesar selepas Amman. Sungguh sesak dan padat. Di beberapa tempat urusan perniagaan dijalankan hingga kegigi jalan, mungkin itu adalah kawasan pasar malam atau pasar tani. Buah-buahan kelihatan segar... mungkin manis agaknya. Universiti Yarmouk... Oh disini rupanya universiti yang banyak melahirkan ulama.. hatta di Malaysia.
Setelah makan malam kami meneruskan perjalanan balik ke Amman. Malam ni kami tidur di rumah embassy Malaysia lagi. Kediaman yang selesa dan cantik. Layanan yang istimewa. Terima kasih TYT duta Malaysia di Jordan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan