Day 1 (10/01/2016)
Cuti sekolah kali ini teman sekeluarga bercadang untuk ke Jordan. Salah satu negara yang mengamit-gamit hati teman untuk kesana. Apa sebabnya teman kurang pasti, mungkin teman akan memperolehi jawapannya selepas kesana. Kalau ikut "plan" asal kami nak kesana drive sahaja, tetapi disebabkan oleh sebab-sebab tertentu kami naik kapal terbang. Antara faktor yang bermain di fikiran teman adalah keadaan cuaca disana. Teman dimaklumkan bahawa kebiasaannya salji akan turun dalam bulan Desember dan Januari. Jika salji turun semua aktiviti akan terhenti dimana rata-rata orang akan duduk dirumah sahaja, ada kalanya sehingga 3 hari. Kalau betul... nampak gayanya kami tak dapat memaksimakan lawatan kami. Setelah menimbang-nimbang kesemua faktor akhirnya kami nekad untuk pergi juga. Moga Allah memberikan yang terbaik untuk kami.
Teman sekeluarga bertolak ke Bahrain pada pukul 8 pagi. Penerbangan dijadualkan pukul 3:15 petang. Teman memilih untuk terbang dari "airport" Bahrain kerana kebiasaanya tambang penerbangan dari Bahrain adalah lebih murah berbanding melalui Dammam. Walaupun Bahrain adalah negara jiran Saudi tetapi jaraknya dari tempat teman tinggal lebih kurang 150km . Biasanya mengambil masa dalam 1 ke 2 jam ja.., bergantung kepada keadaan proses imigresen di King Fahd Causeway.
Memandangkan masa masih awal (10 pagi) kami terus ke city mall. Setelah solat jamak zohor asar dan brunch disitu kami terus ke lapangan terbang. Kami parking di zone B iaitu zon untuk parking jangka masa panjang. Jaraknya agak jauh berbanding zon A (parking jangka pendek) tetapi paling dekat jika dibandingkan dengan parking jangka panjang yang lain (Zon C,D). Tepat pada masanya dalam pukul 2 petang kami sampai di airport. Terus check in, Pegawai yang bertugas di kaunter bertanya nak ke Jordan, teman menjawab "Ya", "Mana visa" katanya lagi, dengan pantas teman menghulurkan "Visa multi entry Saudi". Dia membelek-belek dua tiga kali seperti ada yang tak kena. "Bukan yang ni, tapi visa Jordan" katanya. Dengan yakin teman menjawap "Visa on arrival", Dia kelihatan agak terkejut sambil memanggil kawannya dan berbincang-bincang sedikit sambil menyebut Malaysia beberapa kali. Ohh...Sungguh hebat tanahair ku.
Teman memilih penerbangan Fly Dubai memandangkan masa penerbangan yang singkat iaitu lebih kurang 1jam dari Bahrain ke Dubai dan 3jam lebih dari Dubai ke Jordan, Fly Dubai adalah syarikat penerbangan tambang murah ala-ala air asia. Keseluruhannya kami dapat jimat dekat 2000SAR. Penumpang agak penuh dari Bahrain ke Dubai tetapi dari Dubai ke Jordan banyak kerusi yang kosong.
Dalam pukul 9:15 malam kami tiba di Jordan, Ustaz Hadi dah sedia menunggu. Selepas urusan Imigresen selesai, Ustaz Hadi terus membawa kami ke Mu'tah. Ada kes juga di Imigresen tadi lain kali teman cerita, yang penting kena tau alamat untuk menginap di Jordan. Urusan VOA 40JD seorang.
Di Mu'tah kami tidur di Home stay... rumah student. Sejuk sangat pada awalnya tetapi setelah pemanas berfungsi kami lena sampai ke pagi.
Nota***
- Parking Zon B di airport Bahrain 1BD sehari.
- Parking airport Dammam 2Riyal untuk setiap 72jam pertama dan 1Riyal untuk berikutnya.
- VOA Jordan 40JD.
Cuti sekolah kali ini teman sekeluarga bercadang untuk ke Jordan. Salah satu negara yang mengamit-gamit hati teman untuk kesana. Apa sebabnya teman kurang pasti, mungkin teman akan memperolehi jawapannya selepas kesana. Kalau ikut "plan" asal kami nak kesana drive sahaja, tetapi disebabkan oleh sebab-sebab tertentu kami naik kapal terbang. Antara faktor yang bermain di fikiran teman adalah keadaan cuaca disana. Teman dimaklumkan bahawa kebiasaannya salji akan turun dalam bulan Desember dan Januari. Jika salji turun semua aktiviti akan terhenti dimana rata-rata orang akan duduk dirumah sahaja, ada kalanya sehingga 3 hari. Kalau betul... nampak gayanya kami tak dapat memaksimakan lawatan kami. Setelah menimbang-nimbang kesemua faktor akhirnya kami nekad untuk pergi juga. Moga Allah memberikan yang terbaik untuk kami.
Welcome to Bahrain |
Memandangkan masa masih awal (10 pagi) kami terus ke city mall. Setelah solat jamak zohor asar dan brunch disitu kami terus ke lapangan terbang. Kami parking di zone B iaitu zon untuk parking jangka masa panjang. Jaraknya agak jauh berbanding zon A (parking jangka pendek) tetapi paling dekat jika dibandingkan dengan parking jangka panjang yang lain (Zon C,D). Tepat pada masanya dalam pukul 2 petang kami sampai di airport. Terus check in, Pegawai yang bertugas di kaunter bertanya nak ke Jordan, teman menjawab "Ya", "Mana visa" katanya lagi, dengan pantas teman menghulurkan "Visa multi entry Saudi". Dia membelek-belek dua tiga kali seperti ada yang tak kena. "Bukan yang ni, tapi visa Jordan" katanya. Dengan yakin teman menjawap "Visa on arrival", Dia kelihatan agak terkejut sambil memanggil kawannya dan berbincang-bincang sedikit sambil menyebut Malaysia beberapa kali. Ohh...Sungguh hebat tanahair ku.
Banyak kerusi kosong (Boeing 737-800) |
Dalam pukul 9:15 malam kami tiba di Jordan, Ustaz Hadi dah sedia menunggu. Selepas urusan Imigresen selesai, Ustaz Hadi terus membawa kami ke Mu'tah. Ada kes juga di Imigresen tadi lain kali teman cerita, yang penting kena tau alamat untuk menginap di Jordan. Urusan VOA 40JD seorang.
Di Mu'tah kami tidur di Home stay... rumah student. Sejuk sangat pada awalnya tetapi setelah pemanas berfungsi kami lena sampai ke pagi.
Nota***
- Parking Zon B di airport Bahrain 1BD sehari.
- Parking airport Dammam 2Riyal untuk setiap 72jam pertama dan 1Riyal untuk berikutnya.
- VOA Jordan 40JD.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan