Sabtu, 23 Januari 2016

Coretan Jordan day 3



Pantai Aqabah
Pantai Aqabah
Setelah check out, lebih kurang dalam pukul 7:15 pagi, kami telah bersedia untuk menjelajah selatan Jordan. Awal pagi ni agak susah untuk cari kedai makan. Jadi kami mulakan dengan trip menaiki bot kaca dahulu.

Lantai bot kaca
Ingatkan keseluruhan bot dibuat daripada kaca, rupanya sebahgian daripada lantainya sahaja dibuat daripada bahan lutsinar seperti kaca. Jadi kami dapat melihat batu karang didasar teluk aqabah ini.

Teluk Aqabah ni sempadan Jordan , Israel dan Mesir. Sayu bila tengok bangunan penempatan sebelah Israel, kelihatan tenang dan aman sahaja..


Teluk Aqabah
Sempadan Israel
Walaupun aqabah sebuah pelabuhan tetapi keadaan air lautnya sungguh bersih. Jernih kebiru-biruan. Kami berpeluang melihat marjan yang agak besar saiznya. Dalam Al Quran ada sebut pasal marjan, begini rupanya. Bentuknya seakan-akan otak manusia. Kami berpeluang melihat tukun daripada kerera kebal yang di buang 15 tahun lepas dan kini sudah mula menjadi kediaman batu karang.


Tukun kereta kebal
Marjan
Setelah hampir setengah jam meninjau-ninjau batu karang disitu kami mencari kedai makan untuk sarapan. Agak sukar mencari kedai makan di awal pagi nie. Kebanyakkannya masih tutup. Waktu operasi perniaggan biasanya bermula jam 9 pagi.Setelah berpusing-pusing kami jumpa kedai makan 24 jam (gps). Menu kami pagi ini ialah zinger, iaitu roti bun sandwich yang berisikan ayam goreng, tomato, capsicum, sos dan mayonnaise. Ia merupakan makanan biasa di Jordan.  Macam biasa dengar kan "Zingerrrrrr" nie, ya betul ia merupakan salah satu menu di KFC.. lebih kurang begitulah cuma di sini ia menggunakan roti bun sandwich biasa. Setelah sarapan kami meninggalkan Aqabah dan menuju ke Mu'tah.


Selamat tinggal Aqabah
Tiba di mu'tah kami melawat ke makam 3 sahabah. Zaid bin Haritsah, Jafar bin Abdul Mutalib dan Abdullah bin Rawaha, panglima perang yang mahsyur dalam peperangan mu'tah. Namanya tersohor walaupun sudah ribuan tahun berlalu. Syahid dalam menegakkan kalimah Allah. 

Lanskap ke laut mati
Kami meneruskan perjalanan ke laut mati. Iaitu satu tempat yang dekatakan titik paling rendah di muka bumi ini. lanskap yang berbeza. Kalau sebelum ni kawasan yang rata dan landai kini kawasan berbukit batu. Luas terbentang saujana mata memandang. Mahasuci Allah, terasa kerdil jika dibandingkan dengan bukit-bukit yang besar ini.

 

Gunung batu
Tanah subur
Sampai sudah di laut mati. Luas, wajar jika dikatakan laut. Keluasannya dianggarkan 67km panjang dan 18km lebar yang menjadi sempadan antara Jordan dan Palestine.  Terdapat banyak kristal-kristal garam di persisiran pantainya. Kandungan garamnya yg pekat menghampiri 89% mungkin tiada hidupan yang mampu hidup didalamnya, sebab itu ia dikenali sebagai laut mati. Untuk menguji tahap kemasinannya, teman merasa airnya sedikit. secara automatik muka berkerut seperti kita merasai sesuatu yang masam.... terbukti sangat masin. Satu peninggalan umat silam yan dilaknat Allah sehingga turun azab yang mana diterbalikkan penempatannya. Supaya menjadi iktibar umat kemudian. Itulah kisah kaum Nabi Lut a.s. 
Kristal Garam
Garam
Pantai laut mati
laut mati
Perjalanan diteruskan ke Amman ibu kota Jordan. Kami singgah di makam nabi Syuib (31°57'37.2"N 35°43'00.1"E). Makam membawa banyak maksud disini, boleh jadi tempat, persinggahan  atau kubur. Makam yang ni.. membawa maksud dorih iaitu kubur yang berjasad. Nabi yang diutus kepada kaum Madyan dan Ashabul Aikah. Kaum yang melampau dalam urusan timbangan.

Masjid makam nabi Syuib
Makam (dorih) nabi Syuib


Senja di dorih nabi Syuib
Sebelum ke Amman kami singgah di pekan "historical old salt". Pekan lama yang masih hidup dan dikatakan terletaknya maqam nabi yushak.

Tiba di Amman, Ibu kota Jordan. Keadaan lalu lintasnya sibuk. Malam nie kami tumpang tidur di rumah kawan orang rumah, TYT Duta Jordan. Terima kasih Tn Hj Zakri dan keluarga kerana tumpangkan kami menginap. Layanan istemewa "Terima kasih daun keladi, lain kali in shaa Allah datang lagi".

Kawan lama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan