Dalam usaha memahami konsep syukur |
Gambar ni teman ambil waktu minum di kedai kopi "C cafe". Kedai kopi nie kecik ja, terletak di pekan Fanater (pekan kacil di royal commission Jubail arab Saudi). Bukan niat untuk minum tetapi saja nak panaskan badan sewaktu berjalan di tepi pantai dalam musim sejuk ni.
Tanggapan pertama sewaktu melangkah masuk ke kedai ni ialah "konsep yang menarik dan berbeza". Biasanya kita kekedai kopi untuk minum dan bersantai tetapi di sini suasananya adalah bersantai dan minum kopi. Seperti kita sedang menunggu kawan di ruang lobi hotel, sementara menunggu best juga minum kopi secawan dua untuk mengisi ruang kosong, haa... begitulah rasanya.
Persis di ruang lobi hotel, kerusi yang digunakan adalah sofa yang besar dan empuk, mejanya pula rendah sahaja. Hiasan dindingnya pula seperti didalam rumah. Dalam banyak-banyak "frame" didinding ada satu yang nenarik perhatian teman "enjoy the little things". Sungguh dalam maksudnya untuk menelusuri konsep syukur.
Nota: dalam setiap situasi dan keadaan sudah pasti ada perkara yang menarik walaupun kadang-kadang teramat kecil. Nikmatilah ia kerana ia tanda syukur kita kepada penciptanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan