DAY 2 (11/01/2016)
Sebelum masuk petra kami sarapan dahulu sebab didalam petra kedai tak banyak dan mahal pula, tourist place la katakan.
Tiket masuk petra 40JD seorang. Budak-budak bawah 12 tahun percuma. Cadangan hotel kalau nak bermalam di petra bolehlah duduk di la maison. Hotel kecil berdekatan dengan pintu masuk petra.
Banyak tempat didalam petra untuk dilihat seperti Bab Al Siq, The Dam, The Siq, The Treasury (Al Khazna), The street of facades, High Place of sacrifice, The theatre, The royal toms, The monastery dan banyak lagi. Cuma paling kurang pergilah ke dua tempat yang paling "famous" iaitu Treasury (Al khazna) dan Monastery. Gambar dua binaan ini sering kita lihat dan menjadi ikon kepada kota Petra. Jenuh juga kalau nak menapak hingga ke Monastery. Ambil masa lebih kurang 2 jam juga. Kalau tak nak letih, boleh naik kuda, unta atau keldai, perlu bayar saja. Harga bergantung antara satu check point dengan yang lain. Range antara 3JD ke 30JD. Kalau pandai tawar boleh dapat murah lagi. Teman mula-mula nekad untuk jalan kaki tapi akhirnya tewas juga, anak-anak dan orang rumah dah lama naik keldai dan kuda. Bukan apa nak kejar masa, datang jauh-jauh kalau tak habis teroka rugi la kan.
Makan sudah solat pun sudah kami teruskan perjalanan ke wadi rum. Dalam kereta penumpang semua tidur mungkin disebabkan perut kenyang ditambah dengan badan penat.
Kami teruskan perjalanan ke Wadi Rum. Landskap di kiri dan kanan jalan tidak banyak berbeza dengan sebelum ni , Landai dan luas, langit kelihatan biru sungguh menenangkan. Setelah hampir sejam perjalanan semuanya beransur-ansur kelam dan gelap. Minta maaf lah tuan driver, terpaksa berjaga sorang-sorang.
Kami memulakan perjalanan seawal 6:30 pagi. Cadangan pergerakan hari ini bermula dari Mu'tah ke Petra, Wadi Rum dan Aqaba. Alhamdulillah cuaca pagi ini baik, agak sejuk lebih kurang dalam 4℃, sungguh nyaman dan menyegarkan. Wap keluar dari mulut seakan-akan asap rokok ketika menghembuskan nafas...anak2 paling excited.
"Hamparan tanah luas dan lapang", itulah pemandangan di kiri kanan jalan yang kami boleh katakan sepanjang perjalanan antara Mu'tah ke Petra. Pada bulan Februari dan Mac hamparan luas ni akan dilitupi dengan warna hijau. Ada sesetengah lot kebun sudah mula di bajak. Saya diberitahu benih-benih gandum akan ditabur bersama semasa proses membajak dijalankan. Benih gandum akan mula bercambah, dengan sedikit air dari salji yang mencair pada musim bunga menjadikan asbab semuanya hidup subur. Terdapat juga kebun-kebun zaiton berskala kecil milik persendirian. Pohon istimewa yang tak luruh daunnya walaupun pada musim sejuk.
Bangunan Wadi Musa |
Wadi Musa |
Dari segi struktur keadaan jalannya teman boleh katakan Saudi agak baik. Ni kalau drive Sequoia best ni, in shaa Allah next trip teman cuba drive dari Saudi pula. Setiap beberapa KM terdapat kereta peronda polis menunggu di tepi jalan. "Speed trap" katanya. kadang-kadang ada juga pemeriksaan kenderaan dibuat secara rambang.
Kami tiba di pekan Petra dalam pukul 9 pagi. Singgah sebentar di wadi Musa, diberitakn inilah tempat dimana Nabi Musa mengetuk batu dengan tongkatnya dan terpancar 12 anak mata air untuk kaumnya minum. Mungkin ini yang dimaksudkan di dalam Al Quran Surah Al Baqarah ayat 60. Airnya jernih dan tidak pernah kering. Boleh diminum terus, kelihatan pengunjung mengisi air dari wadi ini untuk dijadikan bekal dalam perjalanan.
Pintu masuk Petra |
Sebelum masuk petra kami sarapan dahulu sebab didalam petra kedai tak banyak dan mahal pula, tourist place la katakan.
Tiket masuk petra 40JD seorang. Budak-budak bawah 12 tahun percuma. Cadangan hotel kalau nak bermalam di petra bolehlah duduk di la maison. Hotel kecil berdekatan dengan pintu masuk petra.
Banyak tempat didalam petra untuk dilihat seperti Bab Al Siq, The Dam, The Siq, The Treasury (Al Khazna), The street of facades, High Place of sacrifice, The theatre, The royal toms, The monastery dan banyak lagi. Cuma paling kurang pergilah ke dua tempat yang paling "famous" iaitu Treasury (Al khazna) dan Monastery. Gambar dua binaan ini sering kita lihat dan menjadi ikon kepada kota Petra. Jenuh juga kalau nak menapak hingga ke Monastery. Ambil masa lebih kurang 2 jam juga. Kalau tak nak letih, boleh naik kuda, unta atau keldai, perlu bayar saja. Harga bergantung antara satu check point dengan yang lain. Range antara 3JD ke 30JD. Kalau pandai tawar boleh dapat murah lagi. Teman mula-mula nekad untuk jalan kaki tapi akhirnya tewas juga, anak-anak dan orang rumah dah lama naik keldai dan kuda. Bukan apa nak kejar masa, datang jauh-jauh kalau tak habis teroka rugi la kan.
The Monastery |
Keluar sahaja dari Petra, semua keletihan dan lapar. Kami singgah di kedai makan bukhari mandy untuk makan tengahari. Menu biasa di timur tengah. Nasi 4 pinggan, ayam 2 ekor setengah untuk 5 orang makan. Berselera semua. Selesai makan kami solat jamak takhir. Di sebuah masjid di sini (GPS) . Istimewa masjid ni, air minuman yang disediakan dari wadi Musa. Dingin dan menyegarkan.

Masjid Wadi Musa |
Kami teruskan perjalanan ke Wadi Rum. Landskap di kiri dan kanan jalan tidak banyak berbeza dengan sebelum ni , Landai dan luas, langit kelihatan biru sungguh menenangkan. Setelah hampir sejam perjalanan semuanya beransur-ansur kelam dan gelap. Minta maaf lah tuan driver, terpaksa berjaga sorang-sorang.
Wadi Rum |
Xpe2..driver maafkan..hehe
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam