Jemaah berpusu-pusu keluar dari masjid setelah selesai solat |
Saf solat melimpah keluar masjid |
Masuk sahaja waktu, azan pun dikumandangkan oleh seseorang, gayanya seolah-olah muazin yang bertugas. Terasa seolah-olah bukan di "shopping mall" pula. Kemudian orang yang sama iqamat dan mengimamkan jemaah. Di sini menjadi perkara biasa orang yang sama menjadi tukang azan, iqamat dan imam solat yang mana mungkin agak luar biasa jika di Malaysia. Oleh kerana teman datang agak awal, teman duduk di saf hadapan. Apabila menoleh kebelakang setelah selesai solat barulah perasan ruang solat yang besar tadi dipenuhi oleh jemaah. Bukan setakat didalam masjid malah melimpah keluar masjid. Satu suasana yang indah dan menenagkan jiwa apabila melihat pengunjung menunaikan kewajipan walaupun sedang dalam kesibukan bershoping.
Di Sini apabila masuk sahaja waktu solat semua kedai dan butik ditutup. segala aktiviti jual beli terhenti. penjual akan berkata "ba'da solah ba'da solah" yang bermakna selepas solat. Ketika ini penjual menjadi nombor satu dan pembeli menjadi nombor 2, tiada lagi istilah "customer always right". Sepanjang pemerhatian teman ini hanya berlaku di Saudi bukan di Kuwait, Bahrain atau UAE walaupun mereka berjiran. Mungkin ini adalah hasil tarbiah salaf yang diamalkan. Alangkah baiknya jika ini berlaku di tanahair teman. Mungkin sudah berlaku cuma teman sahaja yang tidak mengikut perkembangan di tanahair

Note : Masjid di Rashid Mall ada di aras 3 sama lantai dengan Carrefour.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan