Rabu, 6 Januari 2016

Kelangsungan semalam

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit
Semalam teman "post" satu karangan yang bertajuk "enjoy the litthe things". Sewaktu memikirkannya berulang-ulang kali teman teringat satu benda yang bersangkutan dengan "little" nie. Mungkin ini kembarnya atau hanya kembar dari sudut kacamata teman sahaja.

"Think Big Start Small" setiap benda yang besar boleh dimulai dengan suatu yang kecil dahulu. Sebagai contoh untuk membina sebuah mahligai yang indah boleh dimulai dengan lakaran dan coretan di atas kertas sahaja.

Lama dahulu ada ustaz mengajar di tempat teman, katanya setiap niat azam yang baik Allah akan berikan dengan ganjaran satu pahala dan amalan yang menyusulinya akan di beri ganjaran 10 pahala. Niat azam adalah satu benda kecil yang semua orang mampu melakukannya. Masakan ada benda besar yang terjadi tanpa dimulai dengan niat untuk melakukannya. Mahasuci Allah islam lebih dahulu memahami konsep "Think Big Start Small".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan