Sabtu, 27 Februari 2016

Coretan Jordan day 5

Menyanbung nota ziarah Jordan.... hari terakhir untuk sesi lawatan dibumi syam ini (aka Jordan). Penerbangan kami dijadualkan pada pulul 9:30 malam,  tidak mensia-siakan waktu yang berbaki ini. Kembara diteruskan. Bergerak dari rumah TYT dlm pukul 6:30am. Keadaan cuaca baik. Langit cerah dan suhu dlm 10℃.

Panorama kota Amman
Destinasi yg dituju awal pagi ini ialah Roman theater. Lokasinya terletak di kota Amman sahaja. Dalam perjalanan ke sana, kami lihat banyak rumah-rumah dibina dilereng bukit, dari jauh seperti kotak-kotak kecil yang disusun dilereng bukit. Mungkin structur tanah tanihnya yang keras dan keadaan cuaca disini sesuai untuk tujuan itu. Saiz dan bentuknya seakan-akan sama. Mungkin sesuatu yang asing di Malaysia tetapi kelihatan menarik. Jelas kelihatan kepadatan penduduknya. Kami tiba agak awal dan pintu masuk ke Roman theater pun belum buka lagi. kami menunjau-ninjau dikawasan sekitar sebelum menuju ke pintu masuk. 

Dataran Roman Theater

Kelihatan pekerja yang menjaga pintu masuk sedang bersembang dengan rakan-rakannya dan sebaik sahaja melihat kami dia menyapa, nak masuk ka?, ya kami menjawab. Dia meminta agar diberikan masa sedikit sambil bergegas-gegas ke pondok ticket. Bayar lagi.... sudah menjadi kebiasaan bayaran akan dikenakan untuk measuk ke tempat-tempat pelancongan di Jordan nie. Sungguh besar theater kali ini. Kalau ia merupakan sebahagian dari kota yang sempurna maka besar sungguh kota ini. Sewaktu lawatan kami ke Turki dahulu, ustaz yang menjadi tour guide kami memberitahu, untuk satu kota Rom yang sempurna ia akan dilengkapi dengan Theater, hipodrom, temple dan beberapa bangunan lain lagi.


Roman theater
tempat duduk Roman theater


Lokasi kedua kami adalah Citadel. Di sini ada "Hercules tample". Kedudukan terletak di atas bukit. Diberitahu kota ini mempunyai tinggalan tamadun Rom dan Umayyah ada disitu. Di atas ni dapat dilihat bandar Amman.


Pintu gerbang Citadel
Menuju runtuhan Citadel


Nama Asal Amman
Nama Amman ke2
Kini


















Kalau teman-teman ke sini jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke muzium yang terletak disini. banyak artifek-artifek menarik. Diantaranya ada peta kuno lama yang menunjukkan lakaran pusat pemerintahan lama yang menjangkau sebahagian syam (Sebahagian jordan, palestin dan syiria).


Hercules temple
Runtuhan Hercules temple
Muzium 
Peta lama jajahan sham

Selesai di kedua tempat ini hari sudah hampir tengah hari. Kami terus menuju ke pusat bandar Jordan.  Selepas solat dan makan tengahari hati rasa lega. Masa untuk membeli belah.




Kemudian kami pergi ke Iraqi al Amir. Lokasi terakhir agak jauh dan terpencil tetapi Alhamdulillah sampai juga. Jauh dipedalaman, dikelilingi kampung-kampung. ladang zaitun, sayur-sayur kelihatan disana sini. Gembala kambing mengembala kambingnya nun jauh dilereng bukit sana. sesekali terdengar kokokan ayam jantan. terasa sungguh suasana kampungnya. Kota Iraqi Al Amir ni kelihatan macam baru ditemui. usaha-usaha untuk membaikpulihnya sedang berjalan. Pendek kata di jordan ni sungguh banyak tempat tinggalan sejarah. Bagi peminat dan pengkaji sejarah.. Jordan adalah tempanya. Sayup-sayup kedengaran azan Asar.. menunjukkan sudah sampai masa untuk kembali ke Amman. Kami bergegas-gegas meninggalkan Iraqi Al Amir.



Kota Amman dari puncak Citadel


Sebelum ke lapangan terbang kami kembali ke rumah TYT untuk mengambil beg dan mempersiapkan diri. Terimakasih sekali lagi kepada TYT dan keluarga diatas layanan yang istimewa.. sungguh seronok lawatan kami ke sini. Terima kasih juga kepada ustaz muda yang bakal membimbing dan mencurahkan ilmu yang dikutip disini ke tanah air tercinta Malaysia. Mungkin tugas berat sedang menunggu untuk memurnikan lagi ilmu agama di tanah air. Seronok dapat bersembang dengan mereka semua.  Mungkin apabila sama-sama diperantauan terasa seperti satu keluarga walaupun tempoh waktunya adalah singkat.


Setelah selesai solat jamak maghrib dan isyak kami terus menuju ke lapangan terbang. Tugas menghantar kami di galas oleh Ustaz Azmeer. Selamat tinggal Jordan, InsyaAllah kami akan datang lagi.

Khamis, 28 Januari 2016

Coretan Jordan day 4

Pintu gua As habul Kahfi
Kawasan Gua

Cuaca pagi ini alhamdulillah baik. Suhu dalam 6℃..sejuk tapi nyaman. Perjalanan hari ini dimulakan dengan ziarah Ashabul kahfi (N31°53'55.506" ,E35°58'22.951"). Kisah segolongan pemuda yang menyembunyikan diri didalam gua demi untuk menyelamatkan iman dari pemerintah yang zalim. Mungkin ketika kejadian itu berlaku tempat ini adalah kawasan terpencil, jauh dari penempatan tetapi sekarang ia berada di celah-celah kawasan kediaman.


Bunga ros di perkarangan gua
Guanya terletak di lereng bukit dan banyak bunga ros ditanam diperkarangan kawasan gua. Terdapat binaan masjid lama diatasnya. Sewaktu kami sampai tiada pengunjung lagi. Tukang cuci yang menjaga kebersihan kawasan tu kata, belum buka lagi, pukul 10 pagi baru buka. Ustaz Ihsan yang mengiringi kami pergi berjumpa imam bertugas untuk mendapatkan kebenaran masuk ke dalam gua.

Dalam Gua
Tulang belulang
Alhamdulillah boleh masuk, Imam warga Jordan tu siap explain dalam bahasa Malaysia lagi. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh dia mengira sambil jarinya menunjukkan kedudukan tempat pemuda ashabul kahfi dipercayai tidur. Dan akhir sekali kedudukan anjing yang menjaga pintu gua. Kala ini yang tinggal hanya tulang belulang sahaja dan kerajaan Jordan telah mengumpulkan keseluruhan tulang belulang dalam satu tempat. Terdapat banyak dakwaan tentang tempat ashabul kahfi ni, ada yang mendakwa di Syria, Turkey dan Jordan tetapi menurut kajian, tempat yang sohih adalah di Jordan nie. Ajib..ajib sungguh kisah mereka,  Allah mempersediakan jawapan permasalahan umat ketika itu 309 tahun lebih dahulu dan dirakamkam didalam al quran surah al kahfi (18) ayat 9 sehingga 26. Mahasuci Allah yang maha mengetahui apa yang berlaku sebelum, semasa dan akan datang.

Sekitar kota Jerash
Padat sungguh penduduk kota Jerash. Kelihatan rumah-rumah dibina di lereng bukit bagaikan kotak-kotak kecil yang tersusun. Jerash, Destinasi ke2 kami, sebuah peninggalan sejarah tamadun Rom. Kini yang tinggal hanya sebahagian kotanya sahaja. Kawasan luas yang dapat dilihat sekarang dikatakan hanya 1/3 daripada keseluruhannya.


Pintu gerbang kota
Kota Jerash
Jerash
Jerah
Runtuhan Binaan
Bongkah batu
Kagum dengan teknoliginya, sistem pembesar suara tanpa elektrik, rekabentuk banggunan yang besar, ketepatan ukurannya, sistem pengera kecemasan jika kota diserang, laluan rahsia untuk menyelamatkan diri dan macam-macam lagi. Jika direnug-renung agak mustahil untuk membinanya jika dengan hanya kudrat empat kerat manusia biasa, jadi mesin apakah yang ada pada waktu itu?. Lenguh kaki, tak terjelajah keseluruhan tempatnya. Kota seampuh ini pun dapat juga ditewaskan oleh Salahuddin Al Ayubi...Hebatkan. (8JD dikenakan untuk bayaran masuk).

Colesium
Kerusi Colesium
Dewan Colesium
Titik pembesar suara
       
Pusat pantulan suara

  
Tiang tample

      
Jerash Colesium





















Destinasi ke tiga adalah Ajlon castle.  Dibina dizaman sultan Salahuddin Al Ayubi. Beliau seorang general perang yang menentang tentera salib kerana tentera salib menghalang umat islam mengerjakan haji dan umrah dengan memutuskan laluan perjalanan antara Syam dan Mekah. Terserlah kepakarannya sebagai seorang general. Kepakaran senibena kubu dan taktik perang membuktikannya. Angkatan tentera yang ramai sahaja belum cukup untuk memenangi suatu peperangan.


Kota Ajlon
Kota Ajlon


Lambang Salahudin Al Ayubi
Dari luar, kota ini kelihatan kecil sahaja tetapi di dalamnya sungguh luas, bayangkan jika tempat tahanannya sahaja terbahagi kepada 3 iaitu untuk golongan raja atau bangsawan, general dan tentera biasa. Jika tempat tahanan tentera biasa boleh memuatkan sehingga 300 orang, berapakah jumplah keseluruhan yang boleh ditampung oleh kota ini. Tempat pemilihan kota peninjau yang tepat. Dari kubu ini pergerakkan tentera musuh dapat dilihat dari semua arah tetapi tidak sebaliknya. Senibinanya hebat!!!. Sistem pengudaran, pertahanan, penyimpanan makanan, takungan bekalan air, komunikasi dan lain-lain lagi sudah diambil kira oleh perekanya.

Agenda seterusnya ialah ziarah makam Muaz bin Jabal (N32°36'12.778", E35°36'52.443"). Antara sahabat besar yang mahsur dalam sejarah islam. Meninggal kerana sakit taun yang melanda seluruh Syam.


Dari Oum Quys 
Oum quys (N32°39'14.471", E35°40'41.725"). Bayaran masuk 5 JD. Anak-anak bawah 15 tahun  percuma. Kota rom lama, dibina didalam era yang sama dengan kota Jerash. Hampir musnah dilanda gempa bumi dan dibina semula oleh pemerintahan Otoman. Perbezaan yang nyata di sini adalah dari segi bongkah batu yang digunakan. Jika kota yang lain menggunakan batu yang berwarna cerah keperangan, disini warna batunya adalah kelabu gelap kehitaman... Nampak keras. 
Bukit Golan
Sempadan

Kota Oum Quys
Dari puncak Oum Quys ini kelihatan jelas bukit golan yang menjadi rebutan dan tasik taberi yang diperhatikan parasnya. Tapak medan perang akhir zaman antara yahudi dan islam, kalau dulu hanya mendengar sahaja kini terpapar didepan mata.. pokok gorkot di tanam dengan banyak disebelah israel tanda keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad s.a.w tetapi masih tidak mengimani islam kerana degil.

Kemana-mana kuda juga yang dicari.

Perjalanan diteruskan ke kota Irbid, kota ke-2 terbesar selepas Amman. Sungguh sesak dan padat. Di beberapa tempat urusan perniagaan dijalankan hingga kegigi jalan, mungkin itu adalah kawasan pasar malam atau pasar tani. Buah-buahan kelihatan segar... mungkin manis agaknya. Universiti Yarmouk... Oh disini rupanya universiti yang banyak melahirkan ulama.. hatta di Malaysia.


Setelah makan malam kami meneruskan perjalanan balik ke Amman. Malam ni kami tidur di rumah embassy Malaysia lagi. Kediaman yang selesa dan cantik. Layanan yang istimewa. Terima kasih TYT duta Malaysia di Jordan.



Sabtu, 23 Januari 2016

Coretan Jordan day 3



Pantai Aqabah
Pantai Aqabah
Setelah check out, lebih kurang dalam pukul 7:15 pagi, kami telah bersedia untuk menjelajah selatan Jordan. Awal pagi ni agak susah untuk cari kedai makan. Jadi kami mulakan dengan trip menaiki bot kaca dahulu.

Lantai bot kaca
Ingatkan keseluruhan bot dibuat daripada kaca, rupanya sebahgian daripada lantainya sahaja dibuat daripada bahan lutsinar seperti kaca. Jadi kami dapat melihat batu karang didasar teluk aqabah ini.

Teluk Aqabah ni sempadan Jordan , Israel dan Mesir. Sayu bila tengok bangunan penempatan sebelah Israel, kelihatan tenang dan aman sahaja..


Teluk Aqabah
Sempadan Israel
Walaupun aqabah sebuah pelabuhan tetapi keadaan air lautnya sungguh bersih. Jernih kebiru-biruan. Kami berpeluang melihat marjan yang agak besar saiznya. Dalam Al Quran ada sebut pasal marjan, begini rupanya. Bentuknya seakan-akan otak manusia. Kami berpeluang melihat tukun daripada kerera kebal yang di buang 15 tahun lepas dan kini sudah mula menjadi kediaman batu karang.


Tukun kereta kebal
Marjan
Setelah hampir setengah jam meninjau-ninjau batu karang disitu kami mencari kedai makan untuk sarapan. Agak sukar mencari kedai makan di awal pagi nie. Kebanyakkannya masih tutup. Waktu operasi perniaggan biasanya bermula jam 9 pagi.Setelah berpusing-pusing kami jumpa kedai makan 24 jam (gps). Menu kami pagi ini ialah zinger, iaitu roti bun sandwich yang berisikan ayam goreng, tomato, capsicum, sos dan mayonnaise. Ia merupakan makanan biasa di Jordan.  Macam biasa dengar kan "Zingerrrrrr" nie, ya betul ia merupakan salah satu menu di KFC.. lebih kurang begitulah cuma di sini ia menggunakan roti bun sandwich biasa. Setelah sarapan kami meninggalkan Aqabah dan menuju ke Mu'tah.


Selamat tinggal Aqabah
Tiba di mu'tah kami melawat ke makam 3 sahabah. Zaid bin Haritsah, Jafar bin Abdul Mutalib dan Abdullah bin Rawaha, panglima perang yang mahsyur dalam peperangan mu'tah. Namanya tersohor walaupun sudah ribuan tahun berlalu. Syahid dalam menegakkan kalimah Allah. 

Lanskap ke laut mati
Kami meneruskan perjalanan ke laut mati. Iaitu satu tempat yang dekatakan titik paling rendah di muka bumi ini. lanskap yang berbeza. Kalau sebelum ni kawasan yang rata dan landai kini kawasan berbukit batu. Luas terbentang saujana mata memandang. Mahasuci Allah, terasa kerdil jika dibandingkan dengan bukit-bukit yang besar ini.

 

Gunung batu
Tanah subur
Sampai sudah di laut mati. Luas, wajar jika dikatakan laut. Keluasannya dianggarkan 67km panjang dan 18km lebar yang menjadi sempadan antara Jordan dan Palestine.  Terdapat banyak kristal-kristal garam di persisiran pantainya. Kandungan garamnya yg pekat menghampiri 89% mungkin tiada hidupan yang mampu hidup didalamnya, sebab itu ia dikenali sebagai laut mati. Untuk menguji tahap kemasinannya, teman merasa airnya sedikit. secara automatik muka berkerut seperti kita merasai sesuatu yang masam.... terbukti sangat masin. Satu peninggalan umat silam yan dilaknat Allah sehingga turun azab yang mana diterbalikkan penempatannya. Supaya menjadi iktibar umat kemudian. Itulah kisah kaum Nabi Lut a.s. 
Kristal Garam
Garam
Pantai laut mati
laut mati
Perjalanan diteruskan ke Amman ibu kota Jordan. Kami singgah di makam nabi Syuib (31°57'37.2"N 35°43'00.1"E). Makam membawa banyak maksud disini, boleh jadi tempat, persinggahan  atau kubur. Makam yang ni.. membawa maksud dorih iaitu kubur yang berjasad. Nabi yang diutus kepada kaum Madyan dan Ashabul Aikah. Kaum yang melampau dalam urusan timbangan.

Masjid makam nabi Syuib
Makam (dorih) nabi Syuib


Senja di dorih nabi Syuib
Sebelum ke Amman kami singgah di pekan "historical old salt". Pekan lama yang masih hidup dan dikatakan terletaknya maqam nabi yushak.

Tiba di Amman, Ibu kota Jordan. Keadaan lalu lintasnya sibuk. Malam nie kami tumpang tidur di rumah kawan orang rumah, TYT Duta Jordan. Terima kasih Tn Hj Zakri dan keluarga kerana tumpangkan kami menginap. Layanan istemewa "Terima kasih daun keladi, lain kali in shaa Allah datang lagi".

Kawan lama